Acara makan makan dulu...
'bab pelahap' pasti no.1 punya...
Tadi gi kenduri staff pejabat kahwin, Lili namanya...kat Bangi. Sebelum tu, singgah kat UKM, kebetulan ada konvo pelajar2 grad KUIM. Jadi ada le, 'bahan2' baik dijual & 'terlangsung' le membelinya. Agak 'tersorok' juga rumahnya, macam terasa nak 'sesat' aje mencarinya. Ramai rakan2 sepejabat yang sempat ditemui masa acara 'pelahap' berjalan...hmmm, sedap juge ye nasiknya...
Pengantin berseri2 <---------> jumpa member pejabat <---------> salam hormat tetamu
Kepada yang baru bergelar Puan Lili , diucapkan Selamat Pengantin Baru..semoga berbahagia menjalani kehidupan baru ini sampai keakhir hayat....


..acara bersantai & bercanda dipantai. Ni le paling disukai anak2, main pasir pantai , acara berguling guling serta buat 'castle'... sebelum tu, gi makan kat lokasi biasa bila balik kg, iaitu kedai sebelah Permai Inn. Makan laksam dan laksa stail Terengganu. Pehhh! Ada 'power' punya...


Mengkuang paling besar ------------ promosi -------------------- jualan murah batik
Petang, gi pantai Batu Buruk, ada ‘pesta permainan kanak2’… main ‘kereta gila’ dan naik keretapi ‘berhantu’ kononnya… ni elakkan banyak ngat melepak2 dengan sepupu dia orang...

....main kereta gila ----------- keretapi berhantu--------

tol Gombak ' dan Lebuhraya Pantai Timur - smooth...
Bila mula masuk LPT, jalan mula ‘smooth’ dan selesa… Cuma kat R & R Temerloh, JPJ buat roadblock, jadi ambik peluang untuk rehat dulu, makan2 dan lepas ‘lelah’…


'makan di R & R Temerloh' ------- Kaw Jualan Lemang ------- Beli Lemang & Sata
...“Awas Kawasan Jualan Lemang”, menyapa di pinggir Kemaman…tempat beli lemang dan makanan ‘sata’….pas tu, singgah pula kat Masjid Tengku Mizan, Kertih…rehat sekali lagi. Akhir sekali, berenti beli keropok lekor, kat kedai 007. Sampai rumah kg jam 5:45 ptg, selepas hampir 9 jam diperjalanan ….soalan pertama dari anak2 bila sampai kg, kenapa nak balik Shah Alam semula cepat sangat ???



...kakak pulak, ngan adik, main basikal acara 'belajor2'...lepas tu main lari2 kat tepi longkang...risau? kali kedua pula kena risau... apa nak buat, keselamatan anak2 perlu diutamakan setiap masa...seadanya....

...game kali ni agak hambar dan membosankan...sampai Shakir & Wali buat 'aktiviti tersendiri', yakni main main dalam stadium, tak concentrate langsung. Penonton amat menyedihkan, tak ramai..., agak2 kurang 1,000 orang...yang bising sikit, penonton Penang je! Result: Seri 1-1... jadi, dua2 team masuk suku akhir...

Ni kira experience pertama le tengok jualan buku atas kapal, kira 'unik' sikit le dari biasa. Ianya agak menarik, khasnya jenis buku yang dijual, semua 'international' le katakan...harga, buleh tahan juge... takle mahal ngat, silap2, rasanya lagi murah dari kedai MPH. Semua dijual dalam kaedah tag harga setiap 100 unit = RM 8.00


...banyak juge pilihan buku2 yang dijual, tapi agak panas 'sikit' duk dalam tu... cuma tak "bestnya", bila si Madi, buat hal...nangis2 kat atas kapal tu! Haru biru jadinye nak 'control' si kenik ni...
------------------------------------------------------------------------------------------------
Semalam, birthday Wali... dah masuk 8 tahun... standard hadiah biasanya, beli kek sebijik... dan edisi potong kek, sentiasa kat dapur rumah... yang lain lain pun, bila tiba birthday, sama juga 'modus operandi'nya, macam kat gambar atas tu....kena layan juge 'tentera2 bersekutu' ni....
---> Dalam pameran, ada le try bab teropong2, angkat air 'bubble' dalam tangki, buat penutup tin makanan dan macam2 lagi...sampai ada masanya tergolek kat pameran NASA, terlebih seronok kut... amnya, boleh tahan juge pameran ni semua, cuma ianya agak terhad & kecik pamerannya....
Edisi ni ,satu 'agenda' kesukaan anak2 pada setiap hujung minggu ... kali ini, bagi proses pembersihan dan pencucian laman rumah serta basuh kipas... pasal dah banyak sangat abuk & debunya, kerna jiran sebelah renovate rumah .... berhempas dan berpulas budak budak ni.... tapi yang jadinya, ni lebih mandi dari basuh...biasa le!!!

Cuaca agak baik, mendung aje...selesa le sikit budak2 tu bersukan...cuma announcer agak lemah, yangmana boleh diperbaiki dimasa akan datang. Keseluruhannya, sukan dijalankan dengan penuh teratur dan cukup ceria...



