Saturday, August 26, 2006
...tanah yang licin, tanah yang licin tidak berduri (2x) bagaikan cincin, bagaikan cincin, lekat dijari....
--> sebahagian lirik lagu pengantin dari Allahyarham P. Ramlee. <--

Acara makan makan dulu...'bab pelahap' pasti no.1 punya...

Tadi gi kenduri staff pejabat kahwin, Lili namanya...kat Bangi. Sebelum tu, singgah kat UKM, kebetulan ada konvo pelajar2 grad KUIM. Jadi ada le, 'bahan2' baik dijual & 'terlangsung' le membelinya. Agak 'tersorok' juga rumahnya, macam terasa nak 'sesat' aje mencarinya. Ramai rakan2 sepejabat yang sempat ditemui masa acara 'pelahap' berjalan...hmmm, sedap juge ye nasiknya...

Pengantin berseri2 <---------> jumpa member pejabat <---------> salam hormat tetamu

Kepada yang baru bergelar Puan Lili , diucapkan Selamat Pengantin Baru..semoga berbahagia menjalani kehidupan baru ini sampai keakhir hayat....

Wednesday, August 23, 2006
Episode III - Bersantai... ..acara bersantai & bercanda dipantai. Ni le paling disukai anak2, main pasir pantai , acara berguling guling serta buat 'castle'... sebelum tu, gi makan kat lokasi biasa bila balik kg, iaitu kedai sebelah Permai Inn. Makan laksam dan laksa stail Terengganu. Pehhh! Ada 'power' punya...
Monday, August 21, 2006
Episode II - Hiburan anak anak... Semasa lawatan ke TTC melihat Festival Batik dan Songket, last day ari ni… tak ramai pengunjung, heran juga. Takpe le, bawa budak2 jalan je...duk rumah asyik main 'pasir' & bola je... Mengkuang paling besar ------------ promosi -------------------- jualan murah batik Petang, gi pantai Batu Buruk, ada ‘pesta permainan kanak2’… main ‘kereta gila’ dan naik keretapi ‘berhantu’ kononnya… ni elakkan banyak ngat melepak2 dengan sepupu dia orang... ....main kereta gila ----------- keretapi berhantu--------
Sunday, August 20, 2006
Episode I - Perjalanan pulang... …19/8 (Sabtu), bermulanya projek balik kampung, KT, sempena cuti sekolah penggal II. Bertolak jam 8:45 pagi dari Shah Alam, melalui lebuhraya KESAS utk ke tol Gombak. Ada sedikit ‘jam’ selepas Genting Tunnel, pasal jalan tutup sebelah kiri…macam dah jadi amalan pihak lebuhraya MTD, mesti ‘baiki jalan’ time cuti sekolah sebegini….. tol Gombak ' dan Lebuhraya Pantai Timur - smooth... Bila mula masuk LPT, jalan mula ‘smooth’ dan selesa… Cuma kat R & R Temerloh, JPJ buat roadblock, jadi ambik peluang untuk rehat dulu, makan2 dan lepas ‘lelah’…

'makan di R & R Temerloh' ------- Kaw Jualan Lemang ------- Beli Lemang & Sata

...“Awas Kawasan Jualan Lemang”, menyapa di pinggir Kemaman…tempat beli lemang dan makanan ‘sata’….pas tu, singgah pula kat Masjid Tengku Mizan, Kertih…rehat sekali lagi. Akhir sekali, berenti beli keropok lekor, kat kedai 007. Sampai rumah kg jam 5:45 ptg, selepas hampir 9 jam diperjalanan ….soalan pertama dari anak2 bila sampai kg, kenapa nak balik Shah Alam semula cepat sangat ???

Sunday, August 13, 2006
...dimasa kini, bila tiba petang je, ajak anak2 isi masa riadah ngan bermain badminton kat depan rumah. Agak 'letih' gak main dengan pemain taraf 'junior' ni, pasal kita tercungap cungap kejor bola ---> Bila dah mula boring, budak2 ambik basikal, main acara kegemaran, 'slide'...hai, risau juga dibuatnye, takut2 terjatuh atau terlanggar kereta yang duk 'park' kat situ serta kekadang ada yang lalu lalang... ...kakak pulak, ngan adik, main basikal acara 'belajor2'...lepas tu main lari2 kat tepi longkang...risau? kali kedua pula kena risau... apa nak buat, keselamatan anak2 perlu diutamakan setiap masa...seadanya....

About Me

Kalendar Islam

Blog Archive

...mula diterbitkan pada tahun 2006...

Copyright © 2011. All Rights Reserved.