Wednesday, September 27, 2006
Sempena dengan Ramadan dan juga azam ayah ibu nak bangunkan anak2 untuk sahur, maka tepat jam 5 pagi, dikejutkan le bebudak berdua ni.... ...acara makan sahur dengan 'separa ngantuk' tapi tekunnya...
Selalunya, ibunya yang kejutkan bebudak ni, dimana dalam ngantuk2 tu, habis juga le di'belasah' nasi goreng'. Bukannya banyak ngat, tapi takpe le, asal makan...susah senang kena le tanggung bersama, pasal permulaan belajar puasa telah bermula...
Sunday, September 24, 2006
Hari ni, dah mula puasa, 1st Ramadan 1427H. Kebetulan, jatuh ari minggu...harapan ayah & ibu kali ni 'simple je', nak 'train' anak2 mula jalankan ibadah puasa, walaupun 'sikit sikit'. Dah nak jadi cerita, 'malang'nya, sorang jatuh demam semalam...so, 'permulaan' gagal le kiranya. Tapi, disebalik itu, lega juge bila si abang dah 'berjaya dibangunkan' untuk sahur pagi tadi, 'pekena' kentang goreng je. Harapannya dapat bertahan lama, at least ke zohor le...
--- suasana muram diluar, hujan membasahi, menyambut Ramadan yang mulia... ---
Suasana pagi ni, 'basah'... hujan renyai2 turun lepas subuh tadi. Mendung le keadaannya... jam 9:00 pagi, tapi masih 'sunyi', berehat semua orang kut... kebiasaannya, time cuti sekolah ni, 'payah' le sikit budak2 nak puasa, pasal duk rumah, banyak 'bahan2 untuk dibaham'... kalau kat sekolah tu, dia segan le kat kawan2nya, jadi mau tak mau, kena le puasa juga, ...hmmm, ada bagusnya juga...anyway, harapan masih ada, insyaallah ...
Sunday, September 17, 2006
Setiap hari minggu, time anak2 melepas geram...bukannya apa, tapi 'this thing' letak tepi semuanya;
  • ## buku
  • ** homework
----abang & adik lelaki main xbox games ----kakak main gameboy ngan adik pulak... Yang ada dalam ingatan dia orang, cuma benda ni aje:
----> games, tak kira le , pc ke console , semua boleh jadi <--- Mungkin, masa cuti sekolah ni, time nak 'balas dendam' kut, pasal hari biasa, takleh langsung nak main waktu malam... kena buat homework atau pi ngaji. Kalau tanya, pasti jawapannya homework dah buat... atau cikgu tak bagi...amacam? Hmmmmm ... sampai bila ya???
Monday, September 04, 2006
Acara rekreasi di Cyberjaya... ada 2 tempat ditujui, satu kat depan Street Mall/stesyen bas.. se lagi, melilau carik yang lebih 'ngancam' , Taman Tasik Cyberjaya @ Cyberpark. Taman Permainan...sunyi sepi!
Yang taman mula mula tu, 'agak menakutkan'...sunyi je, takda orang ber'riadah' langsung. Pas tu, gi cari tempat lain pula...jumpa le, Cyberpark, kat belakang MultiMedia University (MMU). Ni lebih menarik, ada tasik... dan paling seronok bagi budak2, tempat permainan... peh!!!! punye le besor giler..meriah' le budak2 tu bermain..

About Me

Kalendar Islam

Blog Archive

...mula diterbitkan pada tahun 2006...

Copyright © 2011. All Rights Reserved.