Sunday, November 15, 2009
Majlis Konvokesyen OUM telah berjalan mulai semalam. Jadi, pi le hantar wife pi ke lokasi PWTC utk acara konvo ni, mula jam 1 tgh. Dek kerna pi lewat, ada hal sikit pagi tadi, terpaksa 'besit' sikit kete Unser tu...peehhh...lega, sampai je ngam2 jam 1 tgh...kete berlambak2 parking kat tepi jalan, so ada 'jem' le sikit...ala, masing2 main nak senang je...tu yang jadinya...
Lepas 'drop' wife depan pintu masuk PWTC, terus pi carik parking...cam susah je nak carik parking, alang2, senang terus pi The Mall, buleh gak pi shopping nanti, kalau ada peluang...masuk je kat dalam The Mall, perut dah mula lapar...carik2 makan, jumpa Kebab Kyros...pi beli 'Jumbo sausage'.. kau kau jugak...baru le rasa 'cergas dan bersemangat' sikit... satu lagi, baru teringat, dah lama giler tak pi The Mall ni... cam dah meriah balik je...ramai je orang...
Nak carik wife kat mana ni? ...,susah gak ni.. berpusing2, naik-turun tangga, betul2 keliru ngan dalam PWTC ni...dah le ramai orang, kebetulan ada pamiran pengantin ...lega, akhirnya jumpa juge...waduh, penat2... siap lepak jab, sambung makan kebab... pas solat, baru le masuk dalam dewan merdeka, tempat nak bagi segulung ijazah tu...mula2, guard tahan si Shakir, tapi cakap kat guard tu, kan dia umur 12 tahun, buleh masuk...baru le dia bagi....waaahhh...dalam dewan dah penuh, acara baru bermula... kat luar dewan, ada pasang skrin besar, ala...cam kedai mamak, time bola EPL tu... kira baik juga, pasal ramai yg takleh masuk...almaklum, anak2 kecik tak dibenarkan... Shakir cukup seronok dalam dewan...'best' katanya...cam taknak kuar dari dewan tu je...experience baru le katakan... si ayahnya, dah mula ngantuk..bila si ibu dah ambik 'scroll' tu, ajak Shakir kuar dewan...round2 kat PWTC... jam 4:30ptg, baru le 'settle' majlis ni... hujan bukan main lebat...ada harapan, jem lagi kat jalan ni... Time nak balik, singgah sekali lagi kat The Mall, sempat shopping2 jab... ala, belikan hadiah utk wife...hmmm...
...jualan baju OUM...leh tahan gak hargenya...sempat sambar gak 2-3 helai
...jualan bunga2 dikaki lima...ramai betul peniaganya, bab harga, kira... separuh harga dari kat dalam PWTC.. ...lagi dan lagi jualan bunga...pasti laku punye...
...mainan pun ada...pistol belon...mesti kena beli ni......bunga2 yg dijual kat dalam PWTC...bapak segala mahal...
...bunga lagi...bukan main banyaknye.....posing ngan geng2..
Sunday, November 08, 2009
Petang ni, bawak bebudak pi main kat padang office...dah tak tau & takda idea nak bawak kemana, jadi paling mudah, elok pi main kat luar office je...lagipun cam nak hujan je.... tengah2 baru nak start je main, tiba2 hujan pun turun....hhmmm, terpaksa le ubah fikiran.... jadi terpaksa le berehat kat dalam office.... Kunci tak bawak?...waduh3x ...terpaksa pi mintak tolong 'guard' bukakan pintu...dah masuk, ajak famili tengok tempat baru ayah kerja...
..main perang2 ngan adik...
...lepak kat meja rundingan office ayah... ..posing kat pejabat baru ayah...
Rupa2nya seronok jugak dia orang berkejor2 dalam office ni...bising takyah cakap le... nasib baik, 'kita2' je yang ada... jadik belasah je le... sampai siap makan 'makanan office' sekali...Kira ok le tu...he he he...mohon halal kan...
Saturday, November 07, 2009
Pagi tadi, pi melawat Abang Din kat Hospital Assunta PJ...ngan wife n babygirl yang dah genap usianya 2 bulan. Tak pernah pun jejak kaki ke Assunta ni, rupa2nya nak parking bukan main susah agi...last2, kena parking tepi jalan je, tu pun hampir 500m dari Hospital berkenaan.
Sampai didalam Hospital, suasana agak tenang...hmmm...sungguh baik utk penghuninya...Abang Din (nama panggilan kat kampung...) ditempatkan di bilik 5101, Wad Fatimah... cukup selesa suasana biliknya, terimakasih kepada pihak YAKEB yg memberikan kemudahan yang amat baik terhadap bekas pemain bolasepak negara, era 70'an dahulu..
Bila bersembang2 ngan sepupu saya ini, rasa amat terharu akan keadaan beliau...kalau dulu, kat kampung, masa kecik2, tiap kali nak tengok team Terengganu 'lawan bola' kat stadium, ...mesti pi jumpa Abang Din, mintak tiket bola..dapat sekeping dua jadi le...difahamkan, masalah saraf dibelakang tengkok beliau telah mengganggu keseluruhan badan diparas pinggang kebawah...yangmana sekaligus menyebabkan lumpuh dibahagian kedua kakinya... Abang Din ada bagitau, Isnin depan akan dilakukan pembedahan keatas bhg yang bermasalah tu ...itu aje pilihan terbaik yang diberitahu oleh pihak doktor...apa2 pun, semoga selamat pembedahan berkenaan dan beliau dapat kembali sepertimana dahulunya....Amin...
..lawatan pihak YAKEB, Datuk Mumtaz & Soh Chin Aun...zaman kelayakan Piala Dunia 1977.. ...sebahagian keratan akhbar & berita....

YAKEB TO BEAR YAHYA JUSOH'S MEDICAL BILLS

KUALA LUMPUR, Nov 3 (Bernama) -- The Athletes' Welfare Foundation (YAKEB) has agreed to bear the full cost of treatment for former national footballer, Yahya Jusoh, who has been suffering from paralysis of his lower limbs for the past three months.

YAKEB's executive chairman, Datuk Dr Mumtaz Jaffar said the former national defender in the 1970's would begin the treatment at a specialists' hospital in Petaling Jaya tomorrow morning.

"Tomorrow we will bring Yahya to meet with the specialist doctor to determine the type of ailment he is suffering from and the appropriate treatment for him.

"YAKEB will also monitor Yahya's development from time to time and ensure that he gets the best treatment," Dr Mumtaz told reporters, here today.

She said YAKEB would hold a meeting between Yahya, 57, and his friends to boost his spirit before undergoing surgery.

Meanwhile, Yahya said he was most grateful to YAKEB for the deep concern as well as the assistance rendered to him and the other former athletes.

About Me

Kalendar Islam

Blog Archive

...mula diterbitkan pada tahun 2006...

Copyright © 2011. All Rights Reserved.