Thursday, October 26, 2006
..posing bersama keluarga...pagi raya.
1 Syawal kali ni, jatuh pada hari Selasa 24/10/2006. Jadi dimana raya kali ni? Rumah mak ke, atau rumah mertua ??? ....hmmm, raya kat Shah Alam aje rupanye! Malang ke? Takpa le...lagipun kena 'duk bertapa' kat sini kali ni, pasal wife dah 'due to deliver' dah... tu yang tak jadi balik, bukannya saje2..anyway, sabor je le.... Macamana sambutan kat sini ?
FlashVars="playerMode=embedded">
Pada dasarnya, agak 'sunyi dan sepi'...mana pergi "budak2 yang datang nak duit raya" je? ...Takda rupanya...baru le faham, rupanya di pekan macam ni, 'aktiviti' anak2 sedemikian tak berapa menjadi.. jadi, kemana menghala raya kali ni? Buntu juga kekadang tu... akhirnya pi rumah jiran sebelah dan belakang rumah, pas tu petangnya, gi rumah rakan sepejabat yang juga tak balik raya di kampung ... kira, ada juge le rayanya...Anak2 seronok juge, walaupun tak dapat raya di kampung, pasal 'duit raya' tetap ada...asyik 'mencongak' duit aje, kejenya! Sejarah tercipta kali ni di Shah Alam,..pasal tak balik raya!!!
Sunday, October 22, 2006
Hmmm.....jadi, Ramadan dah berlalu selama 28 hari... pagi ni, masuk hari yang ke 29, ..tinggal sehari lagi puasanya. So amcam prestasi keseluruhan anak2 berpuasa (ibu ayah takyah cite le) tahun ni? Alhamdulillah, jauh 'lebih baik' dari tahun sebelumnya... cecah juge le angka '20' tu, walaupun tak 'penuh'... yang penting, dia orang dapat belajar berpuasa dari usia yang 'masih mentah' lagi....
...acara bunga api, hiburan 'ringan' malam 9 Likur...

FlashVars="playerMode=embedded">

Jam 10 malam tadi, ajak le bebudak main bunga api kat depan laman rumah, ala...'ringan2' je, bukannya mercun. Lagipun, benda2 tu dah 'teramat' payah nak cari kat pasaran biasa (walaupun pasaran 'gelap' --- shhh! sulit ni! --- 'sekejap ada, sekejap takda). ---> Wah,...bukan main seronok serta kecoh lagi dapat main, berpeluh sakan...terkejor sana, terkejor sini..., cuma si-adiknya, takut pulak kali ni...asyik sebut 'no' je manjang, bila tengok 'api' menyala nyala ... pelik juge, pasal tahun dulu ok je... Teringat masa dikampung dulu, masa ni le duk seronok main mercun, khasnya yg roket tu...
Saturday, October 14, 2006
Malam tadi, kat pejabat, ada majlis berbuka puasa dibuat kat surau & kantin pejabat. Sempena majlis ni, ada dijemput anak2 yatim dari kawasan Padang Jawa. Agak ramai juga anak2 ni, tak sangka ramai macam ni golongan yatim kat kaw tu... ...tak sabar2 nak berbuka...letih je nampak!!! Macamana pulak orang TM yang datang? Agak mengecewakan, kalau nak dibanding ngan tahun2 lepas... tak tau le kemana 'menghilang' semuanya? Mungkin ada hal penting masing masing, hmmm...susahnya nak kumpul staff makan 'free' kat surau!!! Lepas berbuka puasa, ada le sumbangan 'duit raya' dibuat oleh pihak penganjur BAKIT TM. Cukup mengharukan, kerna ada 2 anak kecil yg masih diiktiraf golongan fakir miskin, dalam Selangor Negeri Maju??.. ...acara 'duit raya'...
...bergambar ngan anak yatim....lepas sessi 'duit raya'.
Friday, October 13, 2006
Sehingga pagi ni, dah masuk 20 Ramadan ... 'amcam prestasi' anak2 berpuasa? Hmmm....so far, so good, rasanya. Si abangnya, dah banyak 'improvement' dari tahun lepas...ye la, dari 'zero' puasa, ke ada le 'berbelas hari'. Si adiknya pula, kira ok le.. walaupun 'tak capai' sepertimana abangnya, tapi sampai gak le tahap 'berbelas' tu. Time paling 'kecoh' pasti le masa nak berbuka puasa... dengan menu standard harian, samada roti bum atau roti john, dan tambahan bubur lambuk (biasanya ambik kat masjid), 'huru hara' kerna berebut2 nak belasah makanan, takut habis kut. Ngan TV terpasang kat ruang makan, kalau cite katun best (bagi dia orang le), macam "Naruto", huuuhhhh... makan sambil tengok TV le... jadi, pada amnya, setakat ni, alhamdulillah, 'training' puasa untuk dia orang kira berjalan baik dan 'berjaya' juge le....
Sunday, October 08, 2006
Jumaat lepas,13 Ramadan 1427H, ada majlis berbuka puasa di sekolah anak2, iaitu Sekolah Integrasi As-Syakirin. Olehkerana acara bermula agak awal, sempena pelancaran album (??? , caya la...) nasyid sekolah, maka, minta 'excuse' balik awal dari pejabat. Majlis bermula jam 5:45 ptg, diperkenalkan anggota nasyid, 4 orang, semuanya lelaki, campur rendah & menengah ...dan sorang pompuan, tukang baca puisi/ayat al-quran...waah, canggih juge suara bebudak ni, ada bakat!.
...adik2 nasyid beraksi!
Lepas tu, mula le bebudak minta belikan CD nasyid ni, hmmm, takpa le, kira sedekah sekolah le ni, bantu Tabung Pembinaan Kolej yang diidamkan semua pelajar nanti. Time buka puasa agak 'meriah' dari tahun2 sebelumnya... kira ramai juge yang datang kali ni, sampai bebudak makan dalam kantin, dan dewasa makan kat khemah kat luar sekolah. Makanan leh tahan, banyak dan berkualiti. Lepas terawih, terus balik...
'tekun nengok sahabat2 bernasyid'...

About Me

Kalendar Islam

Blog Archive

...mula diterbitkan pada tahun 2006...

Copyright © 2011. All Rights Reserved.