Sunday, November 19, 2006
Cuti sekolah dah bermula...so, amcam ngan program cuti2 Malaysia ni? ... olehkerana tahun ni, wife baru je bersalin menjadikan sedikit 'sukar' untuk bergerak kemana... So, apa anak2 nak buat sempena cuti ni? ...tak banyak le, cuma kekadang main acara tembak2 pistol, iaitu adegan videogame "Splinter Cell: Double Agent"
Saturday, November 11, 2006
Sempena ngan pelancaran tabung bagi Dana Pembangunan KISMA (Kolej Integrasi AsSyakirin Malaysia), malam tadi, diadakan satu jamuan makan malam kat Dewan SUK Selangor 'bangunan kapal'... Ini bertujuan mengutip derma bagi pembinaan sekolah baru, kat area Wetland, Dengkil. Bermula jam 8:30 malam, sambutan amat menggalakkan, kebanyakan 'table' yang dijual habis ditempah...hmmm, bagus le tu...

...posing seronok2 ngan member sekolah...

...meja VIP, ngancam betui!!!

Agak menarik juga acara yang diadakan, khasnya pantomen oleh pelajar2 sekolah...tahniah kat 'director' dan guru2 sekolah yang agak kreatif dalam persembahan tersebut...majlis diakhiri dengan persembahan nasyid 'NowSeeHeart', ....kira berjaya juge le majlis ni.

FlashVars="playerMode=embedded">

...sebahagian dari pantomen

FlashVars="playerMode=embedded">

...persembahan nasyid NowSeeHeart...

...lambaian kegembiraan

Sunday, November 05, 2006
Pagi ni, Ahad, 14 Syawal 1427H, maka dah cukup le 7 hari baby baru bertemu dunianya... sempena ngan tu, dibuat le acara 'cukur rambut' bagi baby ni, untuk ambik sedikit sunnah Nabi.
...acara bercukur pun bermula....
...entah apa halnya, kali ini, baby agak 'tak tenteram', nangis je manjang. Susah le sikit nak proceed ngan proses cukurnya... hmmm, rupanya baby nak 'nyusu ibunya' , baru le leh duk diam..kalau nak dibandingkan ngan abang atau kakaknya terdahulu, senang je, pasal semuanya tidur masa cukur tu, takda le nangis...
Setelah hampir sejam mak 'berhempas pulas' nak 'settle'kan cukur ni, baru le dapat siapkan...'tough' betui kali ni, dan akhirnya, jadi le macam ni...

....dah 'settle' pun, masih nak lepaskan geram nangisnye...

Thursday, November 02, 2006
...setelah menunggu (hinggakan tak dapat balik beraya Aidil Fitri di kampung tempohari), akhirnya saat yang ditunggu2, setelah 9 bulan berlalu, maka tanggal 30/10/2006 (Isnin) bersamaan 7 Syawal 1427h, lahir le putera baru dalam kehidupan keluarga kami. Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar, walaupun dah kira 'overdue', isteri dapat bersalin dengan baik dan sempurna di Shah Alam Specialist Centre (dulunya SALAM Medical Ctr) di Seksyen 19, Shah Alam.
...sengih2 dulu serta bersiap sedia untuk 'proses' bersalin...
Dalam suasana yang begitu 'tenang' ,kecuali 'kecoh' anak kecil ku, Si Madi, di sekitar hospital ini, tepat jam 1 tengahari, keudara le jeritan pertama "a new born" bagi menyatakan rasa 'gembiranya' dapat lahir ngan selamat kedunia ini. Ini merupakan baby boy no.4 dalam keluarga...hmm, nampaknya, bertambah lagi le 'tentera bersekutu' (allied forces). Apa apapun, syukur teramatnya kehadrat Illahi, kelahiran baby ini sekaligus akan menambahkan lagi seri dan 'keriuhan' dalam keluarga ini...amin, adanya.
...adik 'baru' dalam famili & abang2 menyambut 'tentera' barunya...

About Me

Kalendar Islam

Blog Archive

...mula diterbitkan pada tahun 2006...

Copyright © 2011. All Rights Reserved.