Saturday, November 07, 2009
Pagi tadi, pi melawat Abang Din kat Hospital Assunta PJ...ngan wife n babygirl yang dah genap usianya 2 bulan. Tak pernah pun jejak kaki ke Assunta ni, rupa2nya nak parking bukan main susah agi...last2, kena parking tepi jalan je, tu pun hampir 500m dari Hospital berkenaan.
Sampai didalam Hospital, suasana agak tenang...hmmm...sungguh baik utk penghuninya...Abang Din (nama panggilan kat kampung...) ditempatkan di bilik 5101, Wad Fatimah... cukup selesa suasana biliknya, terimakasih kepada pihak YAKEB yg memberikan kemudahan yang amat baik terhadap bekas pemain bolasepak negara, era 70'an dahulu..
Bila bersembang2 ngan sepupu saya ini, rasa amat terharu akan keadaan beliau...kalau dulu, kat kampung, masa kecik2, tiap kali nak tengok team Terengganu 'lawan bola' kat stadium, ...mesti pi jumpa Abang Din, mintak tiket bola..dapat sekeping dua jadi le...difahamkan, masalah saraf dibelakang tengkok beliau telah mengganggu keseluruhan badan diparas pinggang kebawah...yangmana sekaligus menyebabkan lumpuh dibahagian kedua kakinya... Abang Din ada bagitau, Isnin depan akan dilakukan pembedahan keatas bhg yang bermasalah tu ...itu aje pilihan terbaik yang diberitahu oleh pihak doktor...apa2 pun, semoga selamat pembedahan berkenaan dan beliau dapat kembali sepertimana dahulunya....Amin...
..lawatan pihak YAKEB, Datuk Mumtaz & Soh Chin Aun...zaman kelayakan Piala Dunia 1977.. ...sebahagian keratan akhbar & berita....

YAKEB TO BEAR YAHYA JUSOH'S MEDICAL BILLS

KUALA LUMPUR, Nov 3 (Bernama) -- The Athletes' Welfare Foundation (YAKEB) has agreed to bear the full cost of treatment for former national footballer, Yahya Jusoh, who has been suffering from paralysis of his lower limbs for the past three months.

YAKEB's executive chairman, Datuk Dr Mumtaz Jaffar said the former national defender in the 1970's would begin the treatment at a specialists' hospital in Petaling Jaya tomorrow morning.

"Tomorrow we will bring Yahya to meet with the specialist doctor to determine the type of ailment he is suffering from and the appropriate treatment for him.

"YAKEB will also monitor Yahya's development from time to time and ensure that he gets the best treatment," Dr Mumtaz told reporters, here today.

She said YAKEB would hold a meeting between Yahya, 57, and his friends to boost his spirit before undergoing surgery.

Meanwhile, Yahya said he was most grateful to YAKEB for the deep concern as well as the assistance rendered to him and the other former athletes.

0 comments:

Post a Comment

About Me

Kalendar Islam

Blog Archive

...mula diterbitkan pada tahun 2006...

Copyright © 2011. All Rights Reserved.