Sunday, August 20, 2006
Episode I - Perjalanan pulang... …19/8 (Sabtu), bermulanya projek balik kampung, KT, sempena cuti sekolah penggal II. Bertolak jam 8:45 pagi dari Shah Alam, melalui lebuhraya KESAS utk ke tol Gombak. Ada sedikit ‘jam’ selepas Genting Tunnel, pasal jalan tutup sebelah kiri…macam dah jadi amalan pihak lebuhraya MTD, mesti ‘baiki jalan’ time cuti sekolah sebegini….. tol Gombak ' dan Lebuhraya Pantai Timur - smooth... Bila mula masuk LPT, jalan mula ‘smooth’ dan selesa… Cuma kat R & R Temerloh, JPJ buat roadblock, jadi ambik peluang untuk rehat dulu, makan2 dan lepas ‘lelah’…

'makan di R & R Temerloh' ------- Kaw Jualan Lemang ------- Beli Lemang & Sata

...“Awas Kawasan Jualan Lemang”, menyapa di pinggir Kemaman…tempat beli lemang dan makanan ‘sata’….pas tu, singgah pula kat Masjid Tengku Mizan, Kertih…rehat sekali lagi. Akhir sekali, berenti beli keropok lekor, kat kedai 007. Sampai rumah kg jam 5:45 ptg, selepas hampir 9 jam diperjalanan ….soalan pertama dari anak2 bila sampai kg, kenapa nak balik Shah Alam semula cepat sangat ???

0 comments:

Post a Comment

About Me

Kalendar Islam

Blog Archive

...mula diterbitkan pada tahun 2006...

Copyright © 2011. All Rights Reserved.