Sunday, July 01, 2007
Tengahari tadi, pi ke majlis perkahwinan staff pejabat....rumahnya kat Subang Perdana. Nak jadi cerita, tersesat juga le adanya, dek kerna 'angkara' 'sign board' nya takda masa nak masuk dalam Taman tu... biasanya ada le 'bunga manggar' ke kat tepi jalan.... rupanya, 'zip ---tarak', tu yg agak 'melilau' cari rumahnya!!!

...pengantin berseri seri....raja sehari le katakan...

Camnapun, akhirnya sampai time pengantin tengah 'makan beradab'... biasa le, entahnya ada selera ke tidak.... bab makan, hmmmm.... mungkin nasib tak baik, kena nasik minyak 'terlebih masak', terus tak berapa nak selera... lastnya, ratah je lauk daging tu....pedas gak.... jumpa ramai gak staff TM lain, macam Kak Kiah, Kak Marina, Kak Nab dan Izlin ...

Ada satu yang menarik kat majlis ni, iaitu cabutan bertuah!!! ...canggih betui... tapi malangnya, utk pekerja yang bertugas je... kalau ada peluang utk 'pelawat', hmmmm...bagus juge ye.....

...posing ngan rakan rakan sepejabat...bertambah seri le jadinye...

...tahniah diucapkan .... serta Selamat Pengantin Baru kat Raziah (Zie) dan pasangannya, 'double R'... selamat juga menempuh 'alam penghidupan baru', semoga berbahagia dan kekal seadanya....

0 comments:

Post a Comment

About Me

Kalendar Islam

Blog Archive

...mula diterbitkan pada tahun 2006...

Copyright © 2011. All Rights Reserved.