...agak 'gelap' suasana dalam Aquaria ni, ...tak tau apa sebab sebenornya... mungkin nak suruh 'ikan2' berenang ngan selesa atau 'apa2 le'... yang tak berapa selesa, pengunjung le agaknya. Pameran keseluruhan agak menarik, khasnya yang 'laluan bawah air' tu... tapi yang paling mengecewakan, kawasan pamiran teramatlah kecil... tak sampai sejam round2 dalam ni, dah 'habis' ruang pamerannya.... rasa tak berbaloi juga bayar mahal2 ni... hmmm, camni je rupanya Aquaria yang di'bangga-banggakan'....
Nota : (...dah lama tak ber'blog'...masalah kesihatan yang melanda diri)
Cuti sekolah dah bermula...so, amcam ngan program cuti2 Malaysia ni? ... olehkerana tahun ni, wife baru je bersalin menjadikan sedikit 'sukar' untuk bergerak kemana...
So, apa anak2 nak buat sempena cuti ni? ...tak banyak le, cuma kekadang main acara tembak2 pistol, iaitu adegan videogame "Splinter Cell: Double Agent"
...posing seronok2 ngan member sekolah...

...meja VIP, ngancam betui!!!
Agak menarik juga acara yang diadakan, khasnya pantomen oleh pelajar2 sekolah...tahniah kat 'director' dan guru2 sekolah yang agak kreatif dalam persembahan tersebut...majlis diakhiri dengan persembahan nasyid 'NowSeeHeart', ....kira berjaya juge le majlis ni.
FlashVars="playerMode=embedded">
FlashVars="playerMode=embedded">
...acara bercukur pun bermula........dah 'settle' pun, masih nak lepaskan geram nangisnye...
Hmmm.....jadi, Ramadan dah berlalu selama 28 hari... pagi ni, masuk hari yang ke 29, ..tinggal sehari lagi puasanya. So amcam prestasi keseluruhan anak2 berpuasa (ibu ayah takyah cite le) tahun ni? Alhamdulillah, jauh 'lebih baik' dari tahun sebelumnya... cecah juge le angka '20' tu, walaupun tak 'penuh'... yang penting, dia orang dapat belajar berpuasa dari usia yang 'masih mentah' lagi....
FlashVars="playerMode=embedded">
ala...'ringan2' je, bukannya mercun. Lagipun, benda2 tu dah 'teramat' payah nak cari kat pasaran biasa (walaupun pasaran 'gelap' --- shhh! sulit ni! --- 'sekejap ada, sekejap takda). ---> Wah,...bukan main seronok serta kecoh lagi dapat main, berpeluh sakan...terkejor sana, terkejor sini..., cuma si-adiknya, takut pulak kali ni...asyik sebut 'no' je manjang, bila tengok 'api' menyala nyala ... pelik juge, pasal tahun dulu ok je... Teringat masa dikampung dulu, masa ni le duk seronok main mercun, khasnya yg roket tu...
Malam tadi, kat pejabat, ada majlis berbuka puasa dibuat kat surau & kantin pejabat. Sempena majlis ni, ada dijemput anak2 yatim dari kawasan Padang Jawa. Agak ramai juga anak2 ni, tak sangka ramai macam ni golongan yatim kat kaw tu...
...tak sabar2 nak berbuka...letih je nampak!!!
Macamana pulak orang TM yang datang? Agak mengecewakan, kalau nak dibanding ngan tahun2 lepas... tak tau le kemana 'menghilang' semuanya? Mungkin ada hal penting masing masing, hmmm...susahnya nak kumpul staff makan 'free' kat surau!!!
Lepas berbuka puasa,
ada le sumbangan 'duit raya' dibuat oleh pihak penganjur BAKIT TM. Cukup mengharukan, kerna ada 2 anak kecil yg masih diiktiraf golongan fakir miskin, dalam Selangor Negeri Maju??..
...acara 'duit raya'...
anak2 berpuasa? Hmmm....so far, so good, rasanya. Si abangnya, dah banyak 'improvement' dari tahun lepas...ye la, dari 'zero' puasa, ke ada le 'berbelas hari'. Si adiknya pula, kira ok le.. walaupun 'tak capai' sepertimana abangnya, tapi sampai gak le tahap 'berbelas' tu.
Time paling 'kecoh' pasti le masa nak berbuka puasa... dengan menu standard harian, samada roti bum atau roti john, dan tambahan bubur lambuk (biasanya ambik kat masjid), 'huru hara' kerna berebut2 nak belasah makanan, takut habis kut. Ngan TV terpasang kat ruang makan, kalau cite katun best (bagi dia orang le), macam "Naruto", huuuhhhh... makan sambil tengok TV le... jadi, pada amnya, setakat ni, alhamdulillah, 'training' puasa untuk dia orang kira berjalan baik dan 'berjaya' juge le....
Jumaat lepas,13 Ramadan 1427H, ada majlis berbuka puasa di sekolah anak2, iaitu Sekolah Integrasi As-Syakirin. Olehkerana acara bermula agak awal, sempena pelancaran album (??? , caya la...) nasyid sekolah, maka, minta 'excuse' balik awal dari pejabat. Majlis bermula jam 5:45 ptg, diperkenalkan anggota nasyid, 4 orang, semuanya lelaki, campur rendah & menengah ...dan sorang pompuan, tukang baca puisi/ayat al-quran...waah, canggih juge suara bebudak ni, ada bakat!.

Sempena dengan Ramadan dan juga azam ayah ibu nak bangunkan anak2 untuk sahur, maka tepat jam 5 pagi, dikejutkan le bebudak berdua ni....
...acara makan sahur dengan 'separa ngantuk' tapi tekunnya...
Kebetulan, jatuh ari minggu...harapan ayah & ibu kali ni 'simple je', nak 'train' anak2 mula jalankan ibadah puasa, walaupun 'sikit sikit'. Dah nak jadi cerita, 'malang'nya, sorang jatuh demam semalam...so, 'permulaan' gagal le kiranya. Tapi, disebalik itu, lega juge bila si abang dah 'berjaya dibangunkan' untuk sahur pagi tadi, 'pekena' kentang goreng je. Harapannya dapat bertahan lama, at least ke zohor le...
- ## buku
- ** homework


----abang & adik lelaki main xbox games ----kakak main gameboy ngan adik pulak...
Yang ada dalam ingatan dia orang, cuma benda ni aje:
Acara rekreasi di Cyberjaya... ada 2 tempat ditujui, satu kat depan Street Mall/stesyen bas.. se lagi, melilau carik yang lebih 'ngancam' , Taman Tasik Cyberjaya @ Cyberpark.
Taman Permainan...sunyi sepi!

Acara makan makan dulu...
'bab pelahap' pasti no.1 punya...
Tadi gi kenduri staff pejabat kahwin, Lili namanya...kat Bangi. Sebelum tu, singgah kat UKM, kebetulan ada konvo pelajar2 grad KUIM. Jadi ada le, 'bahan2' baik dijual & 'terlangsung' le membelinya. Agak 'tersorok' juga rumahnya, macam terasa nak 'sesat' aje mencarinya. Ramai rakan2 sepejabat yang sempat ditemui masa acara 'pelahap' berjalan...hmmm, sedap juge ye nasiknya...
Pengantin berseri2 <---------> jumpa member pejabat <---------> salam hormat tetamu
Kepada yang baru bergelar Puan Lili , diucapkan Selamat Pengantin Baru..semoga berbahagia menjalani kehidupan baru ini sampai keakhir hayat....


..acara bersantai & bercanda dipantai. Ni le paling disukai anak2, main pasir pantai , acara berguling guling serta buat 'castle'... sebelum tu, gi makan kat lokasi biasa bila balik kg, iaitu kedai sebelah Permai Inn. Makan laksam dan laksa stail Terengganu. Pehhh! Ada 'power' punya...


Mengkuang paling besar ------------ promosi -------------------- jualan murah batik
Petang, gi pantai Batu Buruk, ada ‘pesta permainan kanak2’… main ‘kereta gila’ dan naik keretapi ‘berhantu’ kononnya… ni elakkan banyak ngat melepak2 dengan sepupu dia orang...

....main kereta gila ----------- keretapi berhantu--------

tol Gombak ' dan Lebuhraya Pantai Timur - smooth...
Bila mula masuk LPT, jalan mula ‘smooth’ dan selesa… Cuma kat R & R Temerloh, JPJ buat roadblock, jadi ambik peluang untuk rehat dulu, makan2 dan lepas ‘lelah’…


'makan di R & R Temerloh' ------- Kaw Jualan Lemang ------- Beli Lemang & Sata
...“Awas Kawasan Jualan Lemang”, menyapa di pinggir Kemaman…tempat beli lemang dan makanan ‘sata’….pas tu, singgah pula kat Masjid Tengku Mizan, Kertih…rehat sekali lagi. Akhir sekali, berenti beli keropok lekor, kat kedai 007. Sampai rumah kg jam 5:45 ptg, selepas hampir 9 jam diperjalanan ….soalan pertama dari anak2 bila sampai kg, kenapa nak balik Shah Alam semula cepat sangat ???











