Pertama kali mengikuti acara mencari harta karun, dari Shah Alam ke Tanjung Bidara Melaka, 20/5/2007 (Sabtu). Mula jam 9:10 pagi, dengan berbekalkan 'soalan' treasure hunt yang berbelit2, ianya mengambil masa 6 jam nak sampai kat Tg Bidara...
-------------> Malam tu, keputusan diumumkan... dan akhirnya berjaya menjadi juara yang ke 32 dari 45 peserta...jadi le! Selain dari tu, ada juga acara sukaneka, macam futsal, tariktali, volleyball dll... paling best, mandi sampai tak sedar diri !!! Esok hari balik, pasal 2 hari satu malam je kat sini...


...masa Mak & Asyraf datang cuti sekolah Jun 2006 baru ni... bawa jalan jalan di Putrajaya, lepas balik dari melawat Riduan dirumah barunya kat Bangi... gi kat PJCC (Putra Jaya Convention Centre) dan sekitar kawasan pejabat2 Kerajaan.
...aksi berendam di Tiara Beach Resort, PD.... bersama anak2 buah dari KK ... selama 3 hari 2 malam, sampai naik 'hitam' semuanya... kolam mandi paling 'best' pernah dirasai dan direndami!!!
Ni edisi mandi manda dengan gajah di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang DM. ... best gak !!! .... acara ni sebelah petang saje, dari jam 1:30 tgh ke 3:30 ptg. Ada acara naik gajah, bagi makan kat gajah, lepas tu gaya bebas.... nak berendam dalam sungai boleh le....
... aktiviti berendam di Bkt Merah Laketown WaterPark semasa cuti sekolah bulan 5/2006... perjalanan dari KK ke Bkt Merah hanya ambil masa 40 min aje....
...ni first time, test loading gambar... masa balik kg, cuti sekolah bulan 3/2006. Main pantai & bola je le budok budok ni....